Dalam bertindak ada tiga elemen utama yang perlu diberikan perhatian serius supaya tindakan kita tidak mendatangkan masalah yang buruk kepada diri sendiri atau kepada orang lain secara salah.
Perkara pertama - Apakah yang hendak dibuat?
Tentukan apakah tindakan kita, misalnya berlumba haram. Baiklah, sekarang ini tindakan yang kita tentukan adalah berlumba haram.
Perkara kedua - Bagaimana hendak dibuat?
Tentukan kaedah berlumba haram berkenaan, misalnya menggunakan motosikal yang dipandu laju dengan brek yang tidak berfungsi dan lampu dirosakakn kononnnya untuk rasa mencabar, kononnyalah.
Perkara ketiga - Mengapakah perlu dibuat?
Fikirkanlah apakah kesan dan akibat dari tindakan tersebut, pertimbangkan baik dan buruk perkara berkenaan, walaupun sekadar untuk hiburan dengan berlumba haram, tapi boleh menyebabkan kemalangan yang boleh mencederakan atau menyebabkan kematian diri sendiri atau orang lain, selain itu ibu bapa akan sedih jika berlaku kemalangan tersebut, malahan motosikal akan rosak dan akan kerugian. Nilaikanlah apakah elemen yang lebih banyak dari tindakan tersebut, apakah elemen kebaikan atau keburukkan, sekiranya banyak elemen kebaikan maka buatlah, tapi kalau banyak elemen keburukkan maka hentikanlah.
Banyak masalah yang berlaku seperti penagihan dadah, gejala sosial, lumba haram, jenayah dan perkara negatif lain adalah kerana ramai manusia mengabaikan PERKARA KETIGA iaitu MENGAPAKAH PERLU DIBUAT? Kegagalan manusia untuk menitik beratkan Perkara Ketiga ini menyebabkan kecuaian dalam tindakan hingga akhirnya merosakkan diri, keluarga, masyarakat, negara dan seluruh dunia akibat perbuatan yang tidak difikirkan kesan dan akibatnya itu.
Oleh yang demikian, sila tentukan apa nak dibuat, sila tentukan macam mana nak dibuat dan sila tentukan mengapakah perlu dibuat perkara itu, insyaAllah, diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia akan selamat kerana kita telah memikirkan setiap sudut dalam tindakan kita.
1 Ulasan:
Di 21 Mac 2012 pada 6:11 PG,
Mohamad berkata...

Sekian, terima kasih.
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama